Al Baqarah:183
Tazkirah RAMADHAN
Salam Ramadhan sekali lagi.Semoga para bloggers sekelian berada di dalam lindungan Allah S.W.T..
Izinkan KakMar menurunkan beberapa panduan agar boleh dijadikan bekalan kita di 'sana' nanti..
Ramadhan merupakan bulan paling istimewa dan paling mulia antara bulan-bulan Islam yang lain. Mukjizat terbesar Nabi SAW iaitu Al-Quran pun, telah diturunkan dalam bulan Ramadhan. Di dalam bulan Ramadhan terdapat pelbagai fadhilat dan kelebihan yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa.” (al-Baqarah 2:183)
Disamping kita mendecal ataupun mendecoupage janganlah pulak kita lupa mengikuti panduan2 di bawah ini,semoga selamat dunia dan akhirat.
2. Rebutlah Lailatul-Qadar, malam seribu bulan yang dijanjikan.
3. Berpuasa dengan bersungguh-sungguh dan penuh keimanan, mohonlah keampunan daripada Allah terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan.
4. Kawal diri daripada perbuatan mengumpat (ghibah), mengadu, berbohong dan mendengar perkara-perkara hiburan.
5. Sabar ke atas kecaman, umpatan atau musibah yang menimpa.
6. Jangan bergosip atau sibuk memperkatakan hal-hal orang lain yang sia-sia.
7. Sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan dan membantu sesama Muslim, terutamanya dalam hal melakukan kebaikan kepada keluarga sendiri.
8. Lipatgandakanlah amal ibadah kepada ALLAH sepanjang bulan Ramadhan.
“Seorang muslim ialah orang yang selamat lidah dan tangannya terhadap muslim yang lain.”
Kengkawan sekelian kalau ada kesudian anda,selitkanlah KAD RAYA yang tak seberapa ini di laman kalian.

Kengkawan sekelian kalau ada kesudian anda,selitkanlah KAD RAYA yang tak seberapa ini di laman kalian.

No comments:
Post a Comment