menatap matamu



Blog Widget by LinkWithin

ORDER KAT SINI YA!

Nama:
No Telefon
Alamat:
Email Address:
Delivery a.Pos Ekspress = RM2
b.Pos Ekspress = RM3
c.Pos Ekspress = RM4
d.Poslaju minimum = RM6.00
d.Kurier (sehingga 8kg) = RM10
E.Self Collect
Barang nak di order..Soalan?

This contact form was created by Freedback.

Tuesday, September 29, 2009

SERTAI SEKARANG! DECAL CONTEST! Syarat-syarat peraduan..sila scroll down.Belek2 nanti jumpa la tu.Boleh cari pada Tag juga.Akak harap sangat ada sambutan yang menggalakkan dari uols sumer..Hadiah xklusif beb!!Tak pernah ada orang bagi gift camni lagi,hihi..

Posting penutup malam ini sebelum ambo masuk beradu...
Pas raya ni akak teringin nak wat contest cam member2 lain.Kita wat contest decal.Ha..bagi mereka yang ingin menghantar penyertaan kenalah mengikuti syarat-syarat di bawah:-

1.Hendaklah menjadi follower blog ini..semestinya.Kalau takboleh beritahu sebab-sebabnya ye..
2.Peserta adalah mereka yang pernah membeli decal dari rosesenglish.blogspot Sesaper yang lum beli cepat2la beli ye..melayakkan anda untuk menyertai pertandingan ini.
3.Hantarkan foto:contoh:-rak yang telah dilekatkan stiker decal,pasu bunga,almari,jubin,rak kasut,motosikal,basikal,kete..la...melalut lak dah.Tak kisahlah lekat kat mane janji foto tu jelas n kreativiti anda terserlah.
5.JANGAN LUPA letakkan TAG di bawah dlm blog kalian(mudah nak trace balik) dan linkkan ke blog akak.
Bagi yang tak tau cara nak letak,cenggini:-
Klik sebelah kanan pada imej,save image as,klik desktop,save.ala cennang je kak!Selain cara tu akak tak taula..hi..

Last skali,hantarkan foto kreativiti anda,tak kira berapa banyakpun.HANTAR JER KE EMAIL AKAK! @ marsyaaleya.azman@gmail.com
Ok itu sahaja syarat-syarat yang diperlukan.Taknak pening-pening letak syarat yang rumit.Nanti akak pun pening sama.Slogan ataua yat-ayat cinta tidak diperlukan, takyah sumer tu.


Jeng-Jeng-Jeng
Tarikh Tutup:23hb NOVEMBER 2009

Diharap para decalicious semua dapat mengenengahkan kreativiti masing-masing.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan:-

1st Prize:1pc plate with stand size:L(ur own/family photo) plus mystery gift
2nd Prize:1pc plate with stand size:M (ur own/family photo)plus mystery gift
3rd Prize:Mug(standard)-(ur own/family photo)plus mystery gift
3 Saguhati:1pc Decal sticker special edition
ermmmm...Kalau nak harap prizes cam Tv Lcd,motosikal Modenas,Tiket pelancongan ke,mintak maapla no.Sponsor tak dapat lagi..nak ke deme taja ye?



Pyzam Glitter Text Maker

PELBAGAI DESIGN TERBARU...NANTIKAN...

(Akak cibuk sangat...maafla coz takdapat nak jawab sms or jawab call dari u ols.Charger phone akak ilang pulak pas balik dari kampung.Cam mereng je coz ada henpon tapi takleh guna.Malam tadi baru pi cari,itupun pinjam henpon anak..)

ANYWAY.......
SELAMAT KEMBALI...

Sunday, September 13, 2009


Masuk contest tp tak menang..wa.......
Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com


selamat bercuti....selamat balik kampung.....wa.............nak lek kampung jugak...jumpa lepas seminggu raya!


Inile rupanya kek yang ditempah khas dari mrs adibah kiter---d'muffins(promote jangan tak promote).Seblom ni akak tak berkesempatan nak uplod foto cupkek ni almaklumla bisneswomen u,merangkap manager rumahtangga...sibuk memanjang, pelagi..layan gambo jelah..bendanye dah lama abis..

Eeii syoknye..anak kiter nak sambut BIRTHDAY nye yang ke-7 pada 19 Sept ni..MAMA nak ucapkan Selamat Hari Jadi wat anak mama,NURULFAIZAH AFIQAH semoga dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik oleh ALLAH SWT.
APA? NAK BUAT BIRTHDAY PARTY?Takpe nanti mama try oda kek kat Makcik Adibah tu.Dah nak raya ni takut jugak dia takmau terima tempahan..Nanti mama try tanya kat dia ye cayang bucuk.Posa2 pun nak wat besday jugakke ha?----Cakap dalam hati jer..Posa2 ni tak baik kasi singgung perasaan orang ye tak?



Gaya Anak-anakku semasa pulang ke Taiping minggu lepas.Lokasi tepi highway.Deme ni amik peluang berposing taim abahnye nyenyak tido.Almaklumlah Ipoh ke Taiping kan jauh...Akakle yang jadi potograpernye..Dah,d
ah,masuk kete..mamapun nak tido gak..


Foto di atas terpaksa disensorkan sedikit agar tidak menjatuhkan maruah yang empunya diri..zzzzzzz...Penat u..zzzzzz
Takpe bang,abang tidola.Biar saya jaga abang pulak??

Ini baby kiter.Comel tak dia tido..
Sebenarnye akak tengah takde keje nak wat.Rumah dah kemas,baby marsya tengah tido.Tu yang banyak masa nak wat n3 ni.Lau tidak nak menaip pun tak sempat..Ada satu benda lagi yang akak nak kongsi ngan korang sumer..memang episod air mata bagi akak.Kejadian ni berlaku pada hari ke 4 kita berpuasa.(Chewah,cam pembaca berita plak rasanyer)Akak cbuk wat persiapan berbuka,Baby marsya akak pun cbuk jugakla dia.Kerja menjatuhkan barang tu memang hobi dia.PRANG!!Aduh mak ayah,dia dah pecahkan mangkuk kesayangan akak.Baru 2x raya guna.Nak wat camner,dah ajal dia.Tapi sampai hari akak tulis n3 ni akak masih lagi lum kebumikan 'dia'.Bukan senang nak dapat mangkuk ni,beli kat Butik AVON,ala yang vantage tu..
So,pengajaran bagi akak...jangan letak barang2 kaca kat bahagian yang tercapai dek tangan baby..





Salam semua..
Pada mulanya kerjatangan ni akak buat untuk diri sendiri.Hias kediaman sendiri.Memang rasa puas hati sangatlah bila rumah kite cantik,ala-ala inggeris gitu..Member-member pun ramai yang berminat nak tempah.So,bermula dari situlah akak mula riki kat dalam internet pasal barang-barang corak inggeris ni.Semangatpun semakin berkobar-kobar tambah pulak bila blog akak dah siap walaupun xberapa lengkap lagi rasanya.

Ok,lau ada sesaper yang berminat nak kongsi cerita,foto-foto dan idea-idea menarik tentang dekorasi ini bolehla email kan pada akak ye..Thanks di atas sokongan anda semua.

Thursday, September 3, 2009


Al Baqarah:183


Tazkirah RAMADHAN
Salam Ramadhan sekali lagi.Semoga para bloggers sekelian berada di dalam lindungan Allah S.W.T..
Izinkan KakMar menurunkan beberapa panduan agar boleh dijadikan bekalan kita di 'sana' nanti..

Ramadhan merupakan bulan paling istimewa dan paling mulia antara bulan-bulan Islam yang lain. Mukjizat terbesar Nabi SAW iaitu Al-Quran pun, telah diturunkan dalam bulan Ramadhan. Di dalam bulan Ramadhan terdapat pelbagai fadhilat dan kelebihan yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa.” (al-Baqarah 2:183)

Disamping kita mendecal ataupun mendecoupage janganlah pulak kita lupa mengikuti panduan2 di bawah ini,semoga selamat dunia dan akhirat.

1. Jadikan Ramadhan sebagai bulan latihan kerohanian.
2. Rebutlah Lailatul-Qadar, malam seribu bulan yang dijanjikan.
3. Berpuasa dengan bersungguh-sungguh dan penuh keimanan, mohonlah keampunan daripada Allah terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan.
4. Kawal diri daripada perbuatan mengumpat (ghibah), mengadu, berbohong dan mendengar perkara-perkara hiburan.
5. Sabar ke atas kecaman, umpatan atau musibah yang menimpa.
6. Jangan bergosip atau sibuk memperkatakan hal-hal orang lain yang sia-sia.
7. Sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan dan membantu sesama Muslim, terutamanya dalam hal melakukan kebaikan kepada keluarga sendiri.
8. Lipatgandakanlah amal ibadah kepada ALLAH sepanjang bulan Ramadhan.

“Seorang muslim ialah orang yang selamat lidah dan tangannya terhadap muslim yang lain.”

Kengkawan sekelian kalau ada kesudian anda,selitkanlah KAD RAYA yang tak seberapa ini di laman kalian.