1.Mula-mula rendamkan stiker di dalam sepiring air paip.Bila nampak stiker tu dah hampir nak tanggal, angkat dan biarkan dulu di tepi piring dalam setengah minit.(bagi air lebihan turun dulu)
2.Pastu dengan berhati-hati lekatkan pada mug or kat mana2 yang u all nak lekat.
3.Bila kedudukan stiker dah stabil cam yang diingini u all kena lap pulak.Tekan-tekan sikit bagi lebihan air keluar.
4.Final step,u all masukkan dalam oven.Proses ni nak buat or taknak pun takpe.If u buat akan nampak berkilat stiker tu dan lekatpun kuat sikit.Panaskan dalam 5 minit,api agak kuat. If takde oven,leh letak atas tudung periuk di atas dapur.
Semoga u all berjaya mengikuti proses-proses di atas...
Tuesday, May 19, 2009
Tempahan yang diterima baru-baru ini.Fuh! Berpeluh nak buatnya.Masa suntuk sangat.Anyway terima kasih diucapkan kepada mereka-mereka yang telah menolong.
.
Foto yang atas ni amik masa nak gi anta ke UITM.Posing atas dashboard pun jadila ye MUG!!
Baru-baru ni akak wat tempahan dari pelajar UITM ?.Foto tak berapa clear coz amik ngan henpon. Ada lagi tempahan yang tak sempat akak amik gambar.Sibuk nyer pasal sampai terlupa nak amik gambar.
LAYAN JER LAA..
LAIN-LAIN YG BERJAYA DISIAPKAN..
Thursday, May 14, 2009
Memandangkan kita sudah semakin hampir nak ke pertengahan tahun, pejam celik,pejam celik dah nak masuk bulan Jun(Banyak kenduri kahwin pada cuti sekolah ni).So, Intan nak buat offer untuk bakal-bakal pengantin mengabadikan hari perkahwinan mereka pada mug sebagai souvenier buat para jemputan.Anda boleh mula menempah sekiranya anda tidak mahu ketinggalan. Tempahan mestilah 50pcs ke atas. HARGA TELAH DIRUNTUHKAN LAGI.. NOW!! RM2.00/PCS
Monday, April 27, 2009
Foto-foto ini diambil sempena Majlis Mesra Rakyat yang telah diadakan di Dewan Komuniti Taman Perpaduan,Ulu Kinta Perak.Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada 26hb April 2009 baru-baru ini.
Pada hari tersebut kami telah membuka gerai jualan sehingga jam 3 petang.Sambutan yang diterima agak menggalakkan dan kami telah menerima banyak tempahan. Tempahan yang telah siap bolehlah diambil di gerai no 21,Medan Selera MBI Taman Perpaduan.(Kami telah maklumkan terlebih dahulu kepada mereka yang telah menempah)
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para pengunjung..
Bagi sesaper yang berminat nak letak foto sendiri or family boleh send foto tersebut kepada saya. Harga bagi mug besar kat luar dalam Rm25-Rm30 - foto penuh.Harga saya cuma Rm15 termasuk design.So, Jangan lepaskan peluang untuk mengabdikan kenangan bersama famili anda.Pasti teruja punya...kenangan sepanjang zaman.
Piring (XL) + stand Rm45
Piring (L) + stand Rm35
Piring (M) + stand Rm25
Piring (S) + stand Rm15
Piring (XS) + stand Rm10 (Harga pada foto piring di atas adalah salah-harap maklum) Harga disebelah adalah bagi foto bersaiz penuh
Mug Bunga(kiri) Rm5 Mug (kanan) Rm10 Bekas Cenderahati Bertali Rm6-Rm8 (saiz S/M) Bekas Cenderahati (Special Design) Bertali Rm8-Rm12 (saiz S/M)
Upin & Ipin (Rm10) Sebahagian daripada tempahan yang telah siap..
Rm5/pc(Kecil),Rm10/pc(Besar)
NOTA: Bagi tempahan 'special design'harga adalah berdasarkan kepada kerumitan design yang dibuat.Biasanya di antara Rm5-Rm10 dari harga corak bunga ros seperti di atas.
Tuesday, April 7, 2009
Biarpun segenap ruang istana anda sarat dengan hiasan gaya Inggeris,namun jangan sesekali anda lupa..kita tetap orang Timur. JUMPA LAGI*JUMPA LAGI*JUMPA LAGI
SEKADAR MENYELIT BUAT KENANGAN.. Selamat Hari Jadi..Danish Selamat Hari Jadi..Ayahanda Tersayang.
Danish..Mama sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu,semoga berjaya dan selamat di dunia dan di akhirat..
Ayah..segala pengorbananmu tidak akan sesekali aku lupakan.
Buat adikku,Moien yang akan menyambut hari lahir pada14hb April 2009.Kakakmu mendoakan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. "UNTUKMU IBU"
Dah mula minat English style.Serba serbi English..tapi yang minimalis je.Minat sume benda yang cute n comel.Ape sahaja yang comel akak sambar.Minat memasak?Ermm..tak jugak.Suka wat kek?Tak jugakkk....Makan kek?YESSSSS!!